Thursday, December 28, 2017

Cuaca Berangin Penggalak Pendebungaan



Alhamdulillah, di penghujung tahun 2017, ladang Y.A Harumanis sedang mengalami cuaca berangin yang sungguh nyaman. Bukan hanya nyaman tetapi sangatlah baik untuk menggalakkan pendebungaan pokok-pokok mempelam seterusnya mendatangkan hasil yang baik pada musim akan datang.

Didoakan semoga pohon-pohon mempelam Y.A Harumanis akan galak berbunga dan mendatangkan hasil yang terbaik pada penghujung April 2018 nanti agar kita semua dapat menikmati buah mempelam yang berbuah sekali setahun ini.

😉

The Power of Harumanis?

Sebagai penutup tirai 2017, ladang Y.A. Harumanis telah dimeriahkan dan diserikan dengan majlis perkahwinan dua mempelai pada 16 Disember lalu. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan berwarna-warni.

Majlis lebih manis lagi apabila salah satu pasangan yang disandingkan bertemu jodoh disebabkan oleh Harumanis..ermm manis sungguh, bertemu dan berkenalan di ladang Y.A Harumanis seterusnya diraikan juga di ladang Y.A. Boleh dikatakan Cinta Harumanis? (hehe)

Alhamdulillah, para tetamu yang diraikan juga turut gembira dan berbesar hati dapat menjamu selera dalam suasana yang dikelilingi pohon-pohon Harumanis yang sangat menenangkan. Ramai juga yang bertanyakan perihal Harumanis, tak sabar nak tunggu musim 2018 di penghujung April nanti nak datang melawat ladang...

At Y.A, u will always feel good and welcome...Lets wait patiently together for the next season! 

Oops..before that, semoga kedua-dua mempelai sentiasa dirahmati dan saling berkasih hingga ke Jannah.

Terima Kasih kerana memeriahkan ladang Y.A Harumanis di penghujung 2017 ya. semoga bertemu lagi di musim 2018, insyaAllah..

Because of Harumanis
We met 
Because of Harumanis
We accompany each other
Lets this relatioship
Always Harum and Manis
Forever
❤♡

Bimbingan Jabatan Pertanian Perlis

Tahukah anda? Kesemua pekebun ladang kontrak Y.A sentiasa mendapat bimbingan daripada Pegawai-pegawai Jabatan Pertanian Negeri Perlis...