Tuesday, January 9, 2018

Bimbingan Jabatan Pertanian Perlis

Tahukah anda?

Kesemua pekebun ladang kontrak Y.A sentiasa mendapat bimbingan daripada Pegawai-pegawai Jabatan Pertanian Negeri Perlis.


En Mohd Nizam bin Abdul Aziz 
Pegawai Pertanian Daerah
Jabatan Pertanian Perlis


En Mohd Shafarin bin Puteh 
Ejen Pengembangan Kawasan Chuping
Jabatan Pertanian Perlis


Pegawai Jabatan Pertanian sedang memberi taklimat berkala kepada para pekebun


Pemeriksaan Kebun Berkala


Taklimat Penambahbaikan Penjagaan Pokok


Pemeriksaan Kebun Berkala


Taklimat Penambahbaikan Penjagaan Pokok



Semoga ladang-ladang kontrak Harumanis Y.A akan menghasilkan hasil yang terbaik buat para pelanggan Harumanis Y.A sepanjang masa, InsyaAllah

Mesyuarat Agung 2017

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Harumanis Y.A Chuping Perlis

Tarikh : 27 Disember 2017

Saturday, January 6, 2018

Ladang Kontrak Harumanis Y.A

Terkini : 6 Januari 2018

Jumlah Ladang kontrak Y.A : 105 unit
Keluasan Ladang kontrak Y.A : 53 hektar
Jumlah pokok : 5800 batang

Dengan itu, Y.A untuk tahun 2018,  lebih bersedia untuk menerima lebih banyak tempahan.

Insya Allah.



P.s : Jika anda terlihat ladang-ladang mempelam / mangga di sekitar negeri Perlis yang mempunyai papan tanda seperti di atas, insyaAllah kesemua pokok-pokok ini dijaga dan dikawal selia kualiti sepanjang tahun bagi menghasilkan buah-buah terbaik setiap musim.. 😊

Friday, January 5, 2018

Januari - Harumanis Berbunga

Bulan Januari Bulan Bunga-Bunga!

Live (5 januari 2018 / 6.45 pm) dari Ladang Kontrak Harumanis Y.A, Chuping, Perlis!

Sungguh meriah pohon-pohon Harumanis berbunga. Berseri-seri!

! Alhamdulillah !

Semoga bunga-bunga ini akan menghasilkan buah-buah yang elok, berkhasiat, cantik di mata, sedap di makan..

Wahh.. tak sabar tunggu penghujung April 2018!

🌳🍋

Wednesday, January 3, 2018

Pencarian Dropshipper 2018

*MUSIM MEMPELAM HARUMANIS & PERLIS SUNSHINE GOLD 2018*

_*Pencarian Dropship Musim 2018*_

Kami mencari Dropshipper-dropshipper untuk musim 2018!

Anda berminat untuk menjana pendapatan tambahan semasa musim mempelam tahun hadapan?

Jika YA, andalah yang kami cari!

WhatsApp "HARUMANIS" ke 0112 63 488 59 sekarang!

Tempat terhad, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

P.s : MUSIM AKAN BERMULA PADA *AKHIR APRIL HINGGA MUSIM PERAYAAN AIDILFITRI 2018*

Monday, January 1, 2018

Pemprosesan Buah di Y.A Harumanis, Chuping, Perlis

Tertanya-tanya bagaimana buah-buah mempelam Y.A diproses sehingga dihantar kepada pelanggan?

Jom check it out!

1. Hanya buah yang telah mencapai usia matang dan mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan sahaja yang dipetik


Buah yang sesuai untuk dipetik


Buah dipilih satu per satu


Buah yang terpilih disusun di dalam troli untuk dibawa pulang ke Pusat Pengumpulan Ladang Y.A

2. Buah diangkut ke Pusat Pengumpulan Ladang Y.A




Buah dibawa ke Pusat Pengumpulan Ladang Y.A

3. Buah dibasuh, dilap dan dikelaskan mengikut jenis - Harumanis atau Perlis Sunshine Gold





Buah dibasuh, dilap dan dikelaskan


Harumanis


Perlis Sunshine Gold

4. Buah di timbang, dilekatkan 'stiker' dan diisi ke dalam kotak


Kotak sedia untuk pembungkusan



Buah ditimbang 3 kg untuk setiap kotak dan dilekatkan 'stiker' logo

5. Buah dikotakkan dan sedia untuk dilekatkan doket


Buah-buah yang siap dibungkus


Kotak-kotak mula dilekatkan doket untuk penghantaran

6. CityLink memproses bungkusan-bungkusan untuk dihantar ke seluruh Malaysia


 Lori Citylink tiba mengikut jadual




Citylink memproses kotak-kotak (menimbang dan merekod data penghantaran) secara langsung di Pusat Pengumpulan Ladang Y.A sebelum di edarkan ke seluruh Malaysia


Kotak disusun di dalam lori Citylink

7. Kotak-kotak yang siap diambil oleh Citylink akan dihantar kepada para pelanggan dalam tempoh 1 hari ke 4 hari

ツ

Di Y.A Harumanis, setiap proses dikawal selia sebaiknya

Thursday, December 28, 2017

Cuaca Berangin Penggalak Pendebungaan



Alhamdulillah, di penghujung tahun 2017, ladang Y.A Harumanis sedang mengalami cuaca berangin yang sungguh nyaman. Bukan hanya nyaman tetapi sangatlah baik untuk menggalakkan pendebungaan pokok-pokok mempelam seterusnya mendatangkan hasil yang baik pada musim akan datang.

Didoakan semoga pohon-pohon mempelam Y.A Harumanis akan galak berbunga dan mendatangkan hasil yang terbaik pada penghujung April 2018 nanti agar kita semua dapat menikmati buah mempelam yang berbuah sekali setahun ini.

😉

Bimbingan Jabatan Pertanian Perlis

Tahukah anda? Kesemua pekebun ladang kontrak Y.A sentiasa mendapat bimbingan daripada Pegawai-pegawai Jabatan Pertanian Negeri Perlis...