Saban tahun apabila tiba musim Harumanis, pastinya ramai yang mencari-cari lokasi untuk menikmati sajian mempelam si ikon negeri Perlis kan?
Jangan risau...kerana...Pusat Jualan Y.A. Harumanis juga ada menyediakan pakej sajian menu mempelam tau..
Anda boleh membuat pilihan antara dua pakej sajian yang disediakan!
Jangan lepaskan peluang menikmai sajian-sajian inovasi ini terussss dari ladang mempelam kami! Bukan hanya anda dapat makan, anda juga boleh melawat ladang kami sambil bergambar dan menambah ilmu pengetahuan mengenai buah harumanis yang berbuah sekali setahun ini!
Tempahan boleh dibuat bermula sebulan sebelum musim kepada ejen-ejen rasmi kami.
p.s : Maklumat ejen dan tempahan pakej akan dimaklumkan dari masa ke semasa
Penerangan mengenai Harumanis
Lawatan dan penerangan di Kebun Harumanis
Rombongan yang datang untuk Pakej Sajian Inovasi
Lawatan di Pusat Jualan Harumanis Y.A
Jualan Langsung dari Pusat Jualan Y.A
Segar FRESH FRESH dari ladang terus ke kotak dan ke tangan anda!
No comments:
Post a Comment