Thursday, December 28, 2017

Cuaca Berangin Penggalak Pendebungaan



Alhamdulillah, di penghujung tahun 2017, ladang Y.A Harumanis sedang mengalami cuaca berangin yang sungguh nyaman. Bukan hanya nyaman tetapi sangatlah baik untuk menggalakkan pendebungaan pokok-pokok mempelam seterusnya mendatangkan hasil yang baik pada musim akan datang.

Didoakan semoga pohon-pohon mempelam Y.A Harumanis akan galak berbunga dan mendatangkan hasil yang terbaik pada penghujung April 2018 nanti agar kita semua dapat menikmati buah mempelam yang berbuah sekali setahun ini.

😉

The Power of Harumanis?

Sebagai penutup tirai 2017, ladang Y.A. Harumanis telah dimeriahkan dan diserikan dengan majlis perkahwinan dua mempelai pada 16 Disember lalu. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan berwarna-warni.

Majlis lebih manis lagi apabila salah satu pasangan yang disandingkan bertemu jodoh disebabkan oleh Harumanis..ermm manis sungguh, bertemu dan berkenalan di ladang Y.A Harumanis seterusnya diraikan juga di ladang Y.A. Boleh dikatakan Cinta Harumanis? (hehe)

Alhamdulillah, para tetamu yang diraikan juga turut gembira dan berbesar hati dapat menjamu selera dalam suasana yang dikelilingi pohon-pohon Harumanis yang sangat menenangkan. Ramai juga yang bertanyakan perihal Harumanis, tak sabar nak tunggu musim 2018 di penghujung April nanti nak datang melawat ladang...

At Y.A, u will always feel good and welcome...Lets wait patiently together for the next season! 

Oops..before that, semoga kedua-dua mempelai sentiasa dirahmati dan saling berkasih hingga ke Jannah.

Terima Kasih kerana memeriahkan ladang Y.A Harumanis di penghujung 2017 ya. semoga bertemu lagi di musim 2018, insyaAllah..

Because of Harumanis
We met 
Because of Harumanis
We accompany each other
Lets this relatioship
Always Harum and Manis
Forever
❤♡

Monday, November 13, 2017

PAKEJ SAJIAN INOVASI Y.A HARUMANIS

Pakej Sajian Inovasi

Pusat Jualan Harumanis Y.A Chuping Perlis


EMPAT (4) Menu Utama :

1.   Jus Perlis Sunshine Gold
2.   Perlis Sunshine Leleh
3.   Pulut Harumanis Berkrim
4.   Puding Sagu Sunshine Gold

4 Sajian Inovasi

Puding Sagu Sunshine Gold

Pulut Harumanis Berkrim

Perlis Sunshine Gold Leleh



Chef dan para pelayan Pusat Jualan Harumanis Y.A

PARA PENDOKONG Y.A. HARUMANIS





PAKEJ MAKAN MEMPELAM DI Y.A HARUMANIS

Saban tahun apabila tiba musim Harumanis, pastinya ramai yang mencari-cari lokasi untuk menikmati sajian mempelam si ikon negeri Perlis kan?

Jangan risau...kerana...Pusat Jualan Y.A. Harumanis juga ada menyediakan pakej sajian menu mempelam tau..

Anda boleh membuat pilihan antara dua pakej sajian yang disediakan!

Jangan lepaskan peluang menikmai sajian-sajian inovasi ini terussss dari ladang mempelam kami! Bukan hanya anda dapat makan, anda juga boleh melawat ladang kami sambil bergambar dan menambah ilmu pengetahuan mengenai buah harumanis yang berbuah sekali setahun ini!

Tempahan boleh dibuat bermula sebulan sebelum musim kepada ejen-ejen rasmi kami.




p.s : Maklumat ejen dan tempahan pakej akan dimaklumkan dari masa ke semasa

Penerangan mengenai Harumanis

Lawatan dan penerangan di Kebun Harumanis

Rombongan yang datang untuk Pakej Sajian Inovasi

Lawatan di Pusat Jualan Harumanis Y.A

Jualan Langsung dari Pusat Jualan Y.A

Segar FRESH FRESH dari ladang terus ke kotak dan ke tangan anda!

Lokasi Y.A. Harumanis, Chuping, Perlis

Mencari - cari di mana letaknya Pusat Jualan Harumanis Y.A.?

Ni peta lokasinya! Mudahkan.. ;-)

Google Map ke Pusat Jualan Y.A Harumanis

Kedai Input Pertanian Y.A. di TV1

Mencari input-input pertanian dengan harga berpatutan? Jom lawat kedai input Y.A Harumanis yang terletak di Chuping, Perlis!

Kedai ini juga telah mendapat liputan TV1 tau.....

Jom tengok!

Bimbingan Jabatan Pertanian Perlis

Tahukah anda? Kesemua pekebun ladang kontrak Y.A sentiasa mendapat bimbingan daripada Pegawai-pegawai Jabatan Pertanian Negeri Perlis...